Dunia adalah ladang kehidupan dan Allah SWT menjadikan kita khalifahNya untuk menilai amal
perbuatan kita. Firman Allah SWT :
{وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
(7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8)
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ
زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا}
[الشمس: 7-10]
“Dan demi jiwa dan
penciptaannya yang sempurna. Kemudian Allah SWT mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan jalan
taqwanya. Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya. Dan
sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.”
Setiap muslim yang memahami matlamat
kehidupannnya, pasti akan merancang untuk mencapai matlamat tersebut. Dimulai
dengan menghidupkan hatinya sehinggalah terjelma sifat peribadi muslim dalam
dirinya. Akan tetapi masih terlalu ramai umat Islam yang belum memahami hakikat
tersebut kerana ketiadaan orang yang boleh memahamkan mereka tentang hakikat
tersebut.
Imam Syahid berkata : “Jika makrifatullah memasuki
hati manusia, maka dia akan berubah keadaan (dari baik kepada yang lebih baik),
apabila berubah hati maka akan berubah peribadi individu tersebut, apabila
individu berubah maka akan berubah institusi keluarga, apabila institusi
keluarga berubah maka akan berubahlah umat, kerana umat adalah kumpulan
individu dan keluarga.”
“Setiap musafir mesti menyediakan bekalan perjalanannnya
agar perjalanannya mudah dan dapat sampai ke destinasi. Jalan Dakwah lebih
memerlukan bekalan lagi.” Begitu kata Ustaz Mustafa Masyhur.
Islam telah meletakkan cara terbaik untuk
menghidupkan hati. Antaranya :
1.
Merasa perlu kepada Allah SWT.
2.
“Mendirikan solat bilamana mendengar azan dalam
apa jua keadaan.”
3.
Menghidupkan sunnah Rasulullah saw.
4.
Berakhlak dengan akhlak yang mulia.
0 Komentar:
Posting Komentar